Cokelat M&Ms cepat cair bila masuk dalam mulut. Tetapi tidak sama dgn Pakatan M&M iaitu Tun M dan TSM. Muhyiddin (TSM) bukan baru dalam arena politik tikam belakang. Beliau pernah diselamatkan oleh Tun M pada tahun 1995 apabila dia tidak lagi disukai oleh Sultan Johor semasa menjadi MB Johor. Tun M telah menggantikan TSM dengan Ghani Othman yg ketika itu Menteri KBS.
Dia segera merapatkan dirinya dgn Anwar Ibrahim, yg kenaikan pantasnya sebagai TPM adalah hasil perancangan Tun M sendiri. TSM ketika itu yakin sehingga beritahu beberapa wartawan "apabila Anwar menjadi PM, saya akan menjadi Timbalannya." Apabila Anwar tidak lagi disenangi Tun M, TSM segera meninggalkan Anwar dan berjanji setia kepada Tun M.
Oleh itu, adalah tidak mengejutkan apabila ketika melihat terdapat peluang untuk menggulingkan Najib semasa Tun M meningkatkan serangan, TSM menikam Najib dari belakang pula. Beliau pergi ke merata tempat mendakwa tidak mengetahui mengenai isu 1MDB sedangkan dia sebagai TPM, telah mendengar sejumlah taklimat daripada Arul Kanda.
Dalam pendedahan terbaru oleh Tawfik Ismail, TSM dan Tun M telah menghubungi kumpulan G25 untuk menggulingkan Najib. Tawfik secara berterus terang telah memberitahu TSM bahawa beliau sendiri mempunyai banyak perkara y diselindungkan siapa utk dijadikan Perdana Menteri pilihan.
Bagaimanapun dalang tikam belakang sebenarnya bukan Muhyiddin. Tawfik harus ingat, dia bukan orang kedua yang berpendapat bahawa MM bermaksud Tun M-Muhyiddin, malahan yang pernah menjadi timbalan Tun M, Musa Hitam mengetahui mengenainya melalui cara yang memeritkan.
Mahathir dan Musa difikirkan telah membentuk kerjasama kukuh yang menjadikan UMNO digeruni. MM, pada fikiran rakyat, bermaksud Mahathir-Musa. Kedua-dua mereka pernah dihadiahkan motosikal yang mempunyai nombor pendaftaran MM1 dan MM2. Tetapi, pernah seorang wartawan bertanya kepada Tun M, apakah maksud MM dan beliau menjawab, "Mahathir Mohammad".
Anwar juga begitu yakin akan menjadi PM. Sebelum beliau menjadi TPM, Anwar selalu menunggang kuda bersama Mahathir, sesuatu perkara yang masih dilakukan oleh ahli politik lama itu ketika berada di luar negara di Argentina. Apabila Anwar menyingkirkan Ghafar Baba, Dr Mahathir berkata kepada perintisnya, "Tidak boleh lagi menunggang kuda, Anwar. Ia akan menjadi risiko keselamatan jika kita bersama." Sedangkan, secara sulit Mahathir menyatakan sesuatu yang membawa maksud bahawa "kita mungkin mempunyai Brutus dalam parti."
Mahathir menggulingkan Musa, menyekat Razaleigh, tidak melakukan apa-apa untuk membantu Ghafar Baba, menggulingkan Anwar, dan akhirnya menggulingkan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, dilaporkan melalui bantuan TSM. Abdullah adalah seorang terlalu baik. Sekarang dia cuba untuk menyingkirkan Najib pula dengan pelbagai cara.
Sebagai tuan boneka, Tun M akan menggulingkan sesiapa yang tidak bersetuju dengannya. TSM mungkin akan mengalami nasib yang sama jika dia menjadi PM. Dan apabila dia tidak mendapatkan sesuatu mengikut cara beliau, dia akan memetik cerita entah dari mana dan menyebarkannya kepada massa, mewujudkan perasaan panik dan kehilangan kepercayaan terhadap pentadbiran Najib.
Dan bagi seseorang yg pernah "merempuh masuk tanpa undangan" ke dalam program "Nothing To Hide", kononnya kerana mahu bersuara mewakili rakyat yang "tertindas" beberapa bulan lalu, amat melucukan apabila Tun M tidak mengambil kesempatan untuk menyoal Arul Kanda semasa Arul bersoal jawab mengenai 1MDB di PWTC pd 14 Nov yg lalu.
Memang benar sebenarnya dia tidak pernah mempunyai sebarang bukti mengenai 1MDB. Dan dia hanya berminat untuk mengelirukan rakyat untuk kepentingan sendiri dan kroninya. Soalnya, di manakah TSM ketika itu? Semoga TSM kembali ke pangkal jalan urk mengukuhkan parti. Biar Najib meneruskan misi UMNO dan Negara.