Krisis MIC semakin parah tanpa sebarang jalan penyelesaian. Puncanya Palanivel hilang cengkaman dalam memacu kepimpinan parti MIC. Ini menyebabkan ramai kuncu – kuncu Palanivel “menjalankan” tugas palanivel dan kuncu – kuncu ini-lah yang sebenarnya mengawal Palanivel dalam mengambil keputusan bagi pihaknya. Jika Palanivel sedar bahawa dirinya sebagai seorang Presiden MIC dan meletakkan kepentingan parti, saya percaya sudah lama krisis MIC dapat diselesaikan tanpa mencabar Pihak ROS.
Tindak tanduk yang dilakukan oleh Palanivel bagaikan dia telah hilang minat untuk menjadi Presiden MIC. Dia lebih minat untuk menjadi Menteri dan menggunakaan segala faedah atau kelebihnya menjadi menteri untuk melancong ke luar negara sehingga sewaktu isu tanah runtuh di kawasan parlimennya sendiri, dia telah ke Paris untuk menghadiri seminar antarabangsa. Pada waktu yang sama Sultan Pahang turun ke kawasannya dan kelibat Palanivel tidak kelihatan. Ini menyebabkan Sultan Pahang Murka dan berjanji tidak membenarkan Palanivel bertanding di kawasan parlimen tersebut pada PRU ke 14.
Sewaktu ROS menghantar notis arahan pembatalan Pemilihan Parti 2013 – 2016, dia berada di Peru dan terus memutuskan untuk berada disana selama 2 minggu sebelum pulang ke tanah air. Keinginan dia untuk menghabiskan Seminar antarabangsa dan melancong di Peru menjadi keutamaan daripada menyelesaikan kemelut politik MIC dengan ROS. Saya percaya jika insiden sebegini berlaku kepada parti – parti komponen lain, pemimpin mereka akan membatalkan lawatan mereka dan terus pulang ke tanah air untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebab mereka meletakan Kepentingan Parti secara TOTAL!
Perlantikan Setiausaha Agung pula menyalahi undang – undang pertubuhan MIC dan juga JPPM (ROS). Jawatan Setiausaha yang digalas oleh seorang sekarang adalah tidak sah dan saya percaya ROS tidak akan mengesahkan kedudukkannya sebagai Setiausaha MIC. Ini kerana ROS telah membatalkan keputusan pemilihan 2013 – 2016 yang menyebabkan semua ahli jawatankuasa majlis tertinggi MIC hilang jawatan mereka secara automatik.
Sehingga sekarang Palanivel hanya memberikan Kenyataan Akhbar, dia tidak mahu bersemuka dengan pihak television dan sentiasa akan mengelak dengan mengatakan ” I will comment later on it” menyebabkan ramai diantara kita bertanya balik ” when the hell you gonna open your mouth? After MIC got deregistered ahh, Mr President?”. Tanya sahaja mana – mana akhbar, saya pasti mereka akan bercerita betapa susahnya untuk mengeluarkan satu patah perkataan dari mulut palanivel mengenai krisis MIC.
No comments:
Post a Comment