Sekali lagi rakyat Malaysia ditipu oleh Tun Dr Mahathir Mohamed. Pendedahan eksklusif yang didedahkan membuktikan bahawa, agen atau penyokong bekas Perdana Menteri telah bertindak membeli 1.2 juta data base untuk kegunaan mengumpul tandatangan Deklarasi Mahathir.
Penipuan itu didedahkan oleh seorang pengaturcaraan komputer bebas secara sambilan bernama Azharuddin bin Othman dalam satu sidang media khas bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Kuala Lumpur pada 26 Mei 2016.
Dalam pendedahan tersebut, Azharuddin telah membacakan pengakuan bersumpahnya secara sedar bahawa terdapat unsur penipuan atau pemalsuan ke atas 1.4 juta tandatangan yang kununnya berjaya dikutip oleh kumpulan Deklarasi Mahathir Selamatkan Malaysia.
Beliau juga membuat pengakuan bahawa, seorang penyokong Mahathir yang dikenali dengan nama ‘Ratu Naga’ telah berjanji membayar sebanyak RM5,000.00 kepadanya untuk mendapatkan data base berkenaan bagi tujuan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Bagaimanapun kata Azharuddin, penyokong Mahathir berkenaan memungkiri janji dengan hanya membayar sebanyak RM1,000.00 sahaja kepadanya.
Data base yang diminta oleh Ratu Naga itu adalah mengikut beberapa kriteria dan keperluan.
Terdahulu, Mahathir dalam usahanya mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memungut 1.4 juta tandatangan rakyat Malaysia melalui gerakan deklarasinya.
Ujarnya, tandatangan yang berjaya dikumpulkan itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk meminta Tuanku memecat Perdana Menteri. Namun demikian, usaha itu adalah bercanggah dengan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan dalam negara kita.
No comments:
Post a Comment