25 Mei yang lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyerahkan kertas siasatan kes banglo diskaun membabitkan Ketua Menteri Lim Guan Eng kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut
Justeru, tanpa sedikit pun niat nak mempertikai kewibawaan Peguam Negara, sekadar nak mendapatkan kepastian, apa sebenarnya perkembangan kes ini? Biasanya rakyat dimaklumkan kalau kertas siasatan dipulangkan, kes ditutup, diteruskan pendakwaan dan sebagainya, tapi dalam kes ini belum ada apa-apa lagi.
Sedangkan dalam masa yang sama, ada bersusun-susun kes lain yang bakal menyusul selepas ini, semuanya membabitkan intergriti dan wang rakyat dalam jumlah yang banyak. Antaranya, dakwaan bayaran tidak munasabah kepada kontraktor berkaitan pembinaan terowong dasar laut yang mungkin tidak dibuat, sebaliknya diganti dengan jambatan ketiga (baru nak mohon) dan sebagainya.
Duit dah terbang beratus juta tu, terowongnya belum tentu buat lagi!!
Itu baru cakap pasal dakwaan rasuah dan penyelewengan membabitkan orang DAP, belum sebut tentang rasuah, penyelewengan dan perempuan membabitkan orang PKR lagi. Pendek kata, tahun ini meriah dengan dakwaan penyelewengan, rasuah, wang dan perempuan membabitkan orang-orang Pakatan saja.
Nasib baik kepala besar Pakatan dah ke dalam, kalau tidak, tambah satu lagi gamaknya – jantan!!
Ke nak tunggu semua sekali selesai baru nak dakwa sekaligus? Masuk akal tapi itu sudah pasti akan memakan masa yang panjang dan boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri kerana telah diwar-warkan bahawa yang terlibat akan diminta bercuti dari jawatannya jiks kes ini dibawa ke Mahkamah.
Ramai sangat nak tengok betul ke tak betul cakap tu (bercuti kalau kes didakwa di Mahkamah)? Hebohnya dah berbulan-bulan dah.
Begitupun, rakyat menerima apa jua keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara dalam hal ini. Intergriti beliau dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi seperti ini dengan adil dan bijaksana, memang tidak pernah dipertikaikan.
No comments:
Post a Comment