Total Pageviews

Monday, 22 August 2016

TUN MAHATHIR SELEWENG RM150 BILION!!!. PENIPUAN KEWANGAN TERBESAR DALAM SEJARAH MALAYSIA.


Pada awal tahun 1980-an, Tun Mahathir pernah terlibat dalam satu perdagangan penuh spekulasi dengan menggunakan sebuah syarikat yang bernama Maminco Sdn Bhd.

Syarikat Maminco Sdn Bhd digunakan untuk membeli kontrak masa depan timah dan mengumpul stok komoditi. Semua urusan dijalankan secara rahsia dan bertujuan untuk mengapung harga komoditi tersebut di Bursa Logam London, pusat dunia untuk perdagangan industri logam.

Bagi membiayai skim tersebut, Tun Mahathir telah membantu Maminco untuk mendapatkan pinjaman RM1.5 bilion dari Bank Bumiputra. Tiada siapa tahu nilai sebenar pinjaman yang dibuat oleh Tun Mahathir. Perbandingan dengan nilai hari ini tahun 2016, ianya dianggarkan bernilai tidak kurang daripada RM7 bilion, atau mungkin 7 kali ganda lebih daripada nilai yang dinafikan oleh Tun Mahathir.

Rancangan Tun Mahathir pada permulaan urus niaga berjaya dan menyebabkan harga bijih timah meningkat. Ianya telah memberikan keuntungan kepada Maminco, namun tidak kekal lama. Tekanan permintaan menyebabkan peningkatan pengeluaran bijih timah dan memaksa AS melepaskan simpanannya.

Apabila harga bijih timah jatuh, Maminco berdepan kesukaran untuk membayar pinjaman. Hal itu memaksa mantan Perdana Menteri Tun Mahathir terlibat dalam satu lagi konspirasi.

Beliau membenarkan jualan ‘saham bumiputera terpelihara’ yang baru pada nilai par kepada Makuwasa Sdn Bhd, satu lagi syarikat RM2 yang baru ditubuhkan.

Makuwasa Sdn Bhd dijadikan sebagai perantara pelaburan bagi KWSP, semua saham yang dibeli terdiri daripada saham yang dipesongkan daripada dana simpanan untuk menyelamatkan Maminco. Semua urusan dijalankan secara rahsia dan hanya diketahui oleh Tun Mahathir dan beberapa orang kepercayaannya.

Makuwasa pula telah menjual saham tersebut pada harga pasaran untuk dapatkan margin, di mana sebahagiannya disalurkan oleh Tun Mahathir kepada Maminco Sdn Bhd untuk menebus kerugian yang dialami di tangan spekulator Amerika Syarikat.

Jadi, Tun Mahathir bukan sahaja memainkan peranan dalam perdagangan spekulatif, malah beliau begitu bijak menggunakan dana yang sepatutnya digunakan untuk bumiputera, bagi menyelamatkan sebuah syarikat yang mempunyai tunggakkan pinjaman Bank yang sangat besar.

Skandal Makuwasa-Maminco bukanlah yang pertama kali untuk dana awam digunakan dalam perdagangan spekulatif oleh Tun Mahathir.

Pada pertengahan tahun 1980-an, mantan Perdana Menteri itu terlibat dalam perdagangan mata wang spekulatif melalui Bank Negara Malaysia dan menyebabkan bank pusat muflis hampir sedekad kemudian.

Semuanya bermula pada tahun 1985, apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan penyusutan rizab pertukaran asing bernilai sekitar USD5 bilion. Kemerosotan secara tiba2 itu berlaku semasa perjanjian yang dipersetujui oleh pemimpin2 negara G-5 ketika tu di Plaza Hotel New York. Perjanjian tersebut membawa ke arah langkah perlindungan oleh Amerika Syarikat, yang sengaja menurunkan nilai mata wangnya sebanyak lebih kurang 50% bagi mengurangkan kerosakan cagaran antara rakan perdagangan strategic.

Bagi menebus kerugian, Tun Mahathir bersekongkol dengan Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein untuk merampas pasaran mata wang dengan membuat spekulasi ke atas mata wang utama global. Bank pusat dikatakan telah bergantung pada maklumat yang diperolehi daripada bank2 pusat yang lain untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek daripada perbezaan kadar faedah dan perubahan kadar pertukaran.

Tan Sri Jaffar mencetuskan aliran rentas sempadan ‘hot money’ dan berjaya membuatkan bank2 pusat yang lain mengikutnya. Tan Sri Jaffar telah melakukan sesuatu yang luar biasa dengan jayanya dalam pasaran pertukaran wang asing di bawah pengawasan Mahathir dan Tun Daim Zainuddin.

Negara2 Asia secara tidak langsung mengiktiraf Tan Sri Jaafar sebagai perintis dalam pasaran pertukaran mata wang, di mana semua bank di rantau ini mengambil petunjuk daripadanya.

Pada tahun 1990, ketiga2 mereka Tun Mahathir, Tun Daim dan Tan Sri Jaafar membuat keputusan untuk terjun dalam paun sterling British dengan menjual matawang tersebut dalam jumlah yang besar. Langkah tersebut dikira bertepatan dengan perjanjian yang ditandatangani oleh United Kingdom dan negara2 Eropah yang lain. Kerana perjanjian tersebut memerlukan British mematuhi Mekanisme Kadar Pertukaran (ERM) sebagai langkah keselamatan.

ERM membataskan negara2 yang mengambil bahagian untuk ‘margin kadar pertukaran’ yang ketat, bagi menstabilkan mata wang Eropah. Dengan menspekulasikan pound, BNM berjaya menurunkan mata wang British sebanyak 4 sen apabila Britain menghantar kelulusan keahliannya kepada ERM.

Langkah spekulatif Tan Sri Jaafar menghasilkan jumlah wang besar, yang kemudiannya masuk ke dalam akaun penama, yang seterusnya membantu untuk pembiayaian PRU tahun 1990. Tetapi sebahagian besar daripada jumlah wang itu masih belum dipulangkan kepada UMNO atau belum dipulangkan kepada kerajaan persekutuan. Ianya dipercayai telah diletakkan atas penama2 tersebut ke dalam kepentingan perniagaan mereka di seluruh dunia.

Tahun 1992, Britain sengaja mengenakan Tan Sri Jaffar di mana United Kingdom (UK) telah menarik pelabur untuk pound dengan menaikkan kadar faedah bagi mengapungkan nilai mata wangnya.

Secara tiba2 United Kingdom menarik diri dari ERM. Langkah itu turut menjatuhkan pound British seperti seguni kentang panas dan membebani kerajaan Malaysia dengan kerugian yang dianggarkan sebanyak USD3.6 bilion.

Pada tahun 1993, team Tun Mahathir-Tan Sri Jaffar kerugian USD2.2 bilion lagi dalam perdagangan spekulatif. Ekoran dari impak tersebut, pada tahun 1994 bank pusat telah diisytiharkan muflis. Tetapi telah diselamatkan oleh Kementerian Kewangan, portfolio yang ketika itu dipegang oleh Ketua de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tan Sri Jaffar telah meletakkan jawatan, walaupun beliau dan Tun Mahathir telah disiasat kerana peranan mereka dalam melesapkan berbilion ringgit tetapi tiada tindakan dikenakan terhadap mereka. Kerugian pada masa itu telah meningkat kepada jumlah yang tidak pernah benar2 diambil kira.

Tun Mahathir menuduh Dato’ Seri Najib melesapkan RM50 bilion dana 1MDB dan mengambil RM2.6 bilion daripada firma pelaburan strategik. Beliau tetap sombong dan degil, dan enggan mengakui hakikat bahawa 5 panel bebas terikat dengan pelbagai undang2 telah membersihkan nama Perdana Menteri Dato’ Seri Najib daripada sebarang jenayah.

Tun Mahathir juga enggan akui kerugian BNM yang dicatat pada pertengahan 90-an yang dianggarkan bernilai RM30 bilion. Mengikut nilai hari ini, ia bernilai RM150 bilion, ditambah pula dengan RM7 bilion untuk skandal Maminco-Makuwasa. Mengapa perlu banyak perkara sampah yang diperkatakan oleh Tun Mahathir terhadap Dato’ Seri Najib?. Sedangkan yang betul2 sampah adalah Tun Mahathir sendiri.

Sumber - http://www.tv14.my/

Friday, 19 August 2016

Pemandu Teksi Syukur Program TR1Ma


Program Bantuan Teksi satu Malaysia merupakan ilham daripada Perdana Menteri bagi meringankan beban kos selenggara yang terpaksa dilakukan oleh pemandu teksi. Sehubungan itu, bantuan tayar dan insurans yang diberikan adalah sangat membantu pemandu teksi untuk menjalani pekerjaan mereka dengan lebih baik. Seramai 66,538 pemandu teksi di seluruh negara diberikan baucar bernilai RM520 setiap seorang untuk menggantikan empat tayar di bawah inisiatif program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

Malah, Perdana Menteri juga telah memberian dana melalui berjumlah lebih RM1 juta bagi melindungi lebih 100,000 pemandu teksi seluruh negara melalui skim insurans perlindungan kemalangan diri. Ini kerana, skim insurans di bawah inisiatif TR1Ma iaitu meliputi perlindungan kematian akibat kemalangan RM10,000, ketidakupayaan kekal akibat kemalangan RM10,000, kos rawatan perubatan akibat kemalangan RM500, khairat kematian akibat kemalangan RM1,500 dan khairat kematian biasa RM1,000.

Melalui bantuan yang telah diberikan ini dilihat sebagai salah satu daripada usaha murni kerajaan untuk membantu dan menjaga kebajikan setiap pemandu teksi agar mendapat perlindungan yang sewajarnya. 

Keadaan ini jelas menunjukkan kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak sangat prihatin terhadap setiap permasalahan yang ditanggung oleh pemandu teksi kini dengan banyaknya kemudahan pengangkutan awam yang lain seperti LRT, ERL, Komuter dan Bas Awam yang dilihat menyebabkan pemandu teksi terpaksa bersaing untuk mendapatkan penumpang. Justeru itu, bantuan subsidi untuk pemandu teksi ini telah diberikan supaya dapat mengurangkan kos penyelenggaraan yang ditanggung oleh pemandu teksi.

Oleh demikian, semua pemandu teksi diharap dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna kerana dengan pelbagai subsidi yang diterima ini memberikan nafas baru kepada mereka agar penumpang berasa lebih selesa dan selamat menggunakan teksi sebagai pengangkutan awam yang utama

Thursday, 18 August 2016

Strategi Lautan Biru Kebangsaan Pencapaian Perdana Menteri


Ketika kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak diserang dengan pelbagai helah dan fitnah dari mereka yang membenci, Kerajaan Malaysia tetap meneruskan pelbagai agenda beserta strategi bagi memperkemaskan pengurusan kerajaan dan mengurangkan bebanan rakyat kebanyakan.

Siapapun tidak mampu nafikan dalam zaman yang penuh pancaroba ini, kerajaan terpaksa mencari pelbagai alternatif cepat, mudah dan berkesan bagi mengekalkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Dalam menyaingi zaman ini, kerajaan kadang-kadang tiada pilihan lain melainkan terpaksa memilih untuk membuat tindakan kurang popular demi survival kebajikan rakyat serta kedaulatan negara.

Contoh mudah adalah dengan memperkenalkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak 2009 dengan menekankan dua prinsip utama.

Prinsip berkenaan adalah mencapai pendapatan tinggi melalui perkembangan ekonomi dan pembangunan bersepadu dan meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui keselamatan yang lebih tinggi dan juga penyertaan sosial bagi merapatkan jurang sosial diantara pelbagai golongan masyarakat.

Sehingga ke saat ini, kerajaan pimpinan Najib Tun Razak telah memperkenalkan 90 inisiatif NBOS melalui 8 bidang utama iaitu keusahawanan, penjanaan pembangunan, perhubungan bandar dan luar bandar, transformasi masyarakat, penyampaian perkhidmatan awam yang inovatif, mengalakkan semangat kesukarelawanan, sistem sekuriti menyeluruh serta pemerkasaan wanita.

Melalui perlaksanaan NBOS yang baru sahaja mencecah waktu selama 7 tahun, kerajaan sudah berjaya menjimatkan wang rakyat sebanyak RM3.5 bilion. Bayangkan jika Najib Tun Razak diberi peluang yang sama untuk memerintah negara selama 22 tahun, maka anggaran kasar kerajaan Najib Tun Razak telah mampu mengurangkan wang rakyat sebanyak kira-kira RM110 bilion.

Maka jika kerajaan mampu menjimatkan lebih banyak wang negara, tidak mustahil akan lebih banyak manfaat bakal dicipta oleh kerajaan untuk kebajikan semua. Nilailah dengan akal fikiran, bukan dengan ketaksuban.

Wednesday, 17 August 2016

Perdana Menteri Berani Kerana Benar


Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan tenang dan tidak tergugat langsung dengan serangan demi serangan yang dilakukan oleh media asing berhubung isu 1MDB. Malah Najib meletakkan dirinya terkawal dan konsisten dalam mengatur setiap strategi langkah politiknya untuk terus kekal berkuasa demi menjamin harapan rakyat. 

Jarang sekali kita dapat melihat seorang pemimpin politik yang dapat menguruskan dilema politik dengan terurus dan terancang ketika menghadapi tekanan yang kuat dari dalam negara dan luar negara, khususnya memerangi serangan media sosial yang boleh menjatuhkan karier beliau.

Dalam era media sosial yang semakin mencabar ini, Najib menjadi sasaran hebat media asing. Jelas sekali agenda mereka cukup jahat, nakal dan melampau.

Media asing serta pemimpin pembangkang sering melaungkan, Najib antara Perdana Menteri Malaysia yang kurang popular disebabkan isu pengurusan 1MDB. Kita tidak menafikan wujud beberapa kelemahan dari awal lagi dalam menangani kontroversi yang melanda 1MDB apabila ianya dipaparkan secara drastik di media cetak dan juga media sosial.

Akhirnya Najib terpaksa turun padang dengan caranya tersendiri untuk mempertahankan dirinya bagi membuktikan dirinya berani kerana benar.

Walaupun dirinya dilihat berhempas – pulas menentang segala cabaran, serangan dan kritikan yang pedas dan panas namun ianya tidak langsung mematahkan semangat perjuangnya untuk menyerah diri sebelum bertarung.

Prestasi Najib hanya boleh ditentukan melalui kuasa rakyat dan bukanya melalui campur tangan media asing. Budaya seperti ini cukup bahaya untuk negara sekiranya tidak dikawal dan dipancung dari awal lagi.

Tuesday, 16 August 2016

PENDEDAHAN Bekas Pegawai Kanan Mukhriz Mahathir


Perjuangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri secara ‘fast track’, dakwa bekas pegawai khas politiknya, Haris Che Mat.

Haris, yang juga bekas Setiausaha Kerja Umno Kedah mendakwa perjuangan Bekas Menteri Besar Kedah itu turut didokong bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, bagi memberi laluan kepada anaknya.

Mungkin ramai tidak tahu, jentera kempen Mukhriz semasa merebut jawatan Naib Presiden UMNO dahulu pernah menasihati beliau untuk terlebih dahulu bertanding sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum melangkah terus ke kerusi Naib Presiden.

Walau bagaimanapun, Mukhriz tetap mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dan keputusannya tidak memihak kepada dirinya, walaupun telah menggunakan pengaruh bapanya. 

Apabila Mukhriz kalah dalam pertandingan berkenaan, pro Mukhriz telah mula menyalahkan Datuk Seri Mohd Najib sehingga ada pihak-pihak tertentu yang cuba memulakan proses mensabotaj pemimpin negara melalui IPO 1MDB pada awal tahun 2014 yang lalu.

Di samping itu, sekiranya Mukhriz berjaya menang jawatan Naib Presiden UMNO, Mahathir akan mendesak Muhyiddin Yassin yang pada ketika itu adalah Timbalan Presiden UMNO untuk melepaskan jawatannya secara sukarela, khususnya dalam kerajaan. Hal ini bertujuan untuk memastikan Mukhriz mampu menggantikan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Monday, 15 August 2016

Apa Masalah Sebenar Mahathir?


Cuba tanya orang lama-lama dalam UMNO, khususnya para pemimpin terdahulu. Apa pesanan dan prinsip perjuangan yang diamalkan dan dipesan oleh Tun Mahathirahathir Mohamed kepada mereka sepanjang berjawatan dalam UMNO dan kerajaan dahulu?

Jawapannya adalah semua ahli parti harus sentiasa akur dan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh parti, walaupun mereka telah bersara atau tidak terpilih menjadi calon dalam pilihan raya umum.

Malah, Mahathir juga meminta agar semua kakitangan kerajaan dan ahli parti supaya taat dan patuh kepada ketua yakni Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu iaitu beliau sendiri, dan tidak boleh menentang pemimpin walau dalam apa cara sekali pun.

Sebab itu, di zaman Mahathir dahulu beliau sendiri amat membenci dan “mengharamkan” demonstrasi jalanan kerana ditakuti pengaruh dan gelombang demonstrasi itu mula meresap ke hati-hati dan fikiran rakyat lain yang tidak turun ke demonstrasi berkenaan, sekali gus membuat suatu gerakan menentang kerajaan pimpinannya.

Tapi apa sudah berlaku sekarang ini? Bukankah dia sendiri turun ke demonstrasi jalanan BERSIH 4.0 pada tahun 2015? Bukan sekali, malah dua kali dia turun menyatakan sokongan kepada pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh parti Barisan Nasional (BN).

Sekarang walaupun telah bergelar mantan Perdana Menteri, kenapa pula dia tidak memberi ruang dan masa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengurus sendiri Kerajaan Malaysia mengikut corak sendiri dengan cabaran tersendiri?

Kenapa Mahathir terus mahu campur tangan dalam urusan penggantinya? Padahal semasa dia berkuasa dahulu bermati-matian dia pesan agar semua kakitangan kerajaan, ahli parti dan rakyat untuk setia di bawah satu Perdana Menteri. Sudah lupakah kita dengan nyanyian lagu “demi negara yang tercinta, kucurahkan janji penuh setia…”? Lagu Setia yang menjadi agen propaganda halus Mahathir untuk memastikan rakyat mengikut telunjuknya?

Jika dahulu dia meminta rakyat taat setia kepada dirinya selaku Perdana Menteri, kenapa sekarang dia tidak boleh tunjukkan taat setia dia kepada penggantinya sendiri?

Thursday, 11 August 2016

Khairuddin Cuba Gugat Kedaulatan Negara


Khairuddin Abu Hassan telah memasukkan tuntutan saman dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap empat individu iaitu Riza Aziz, Low Taek Jho dan Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dalam afidavit lanjutan, dalam usaha mencabar keputusan peguam negara yang menuduh beliau terlibat dalam kegiatan sabotaj ekonomi.

Jika diteliti dokumen setebal 136 muka surat yang disediakan oleh DOJ, kesemua kandunguan dokumen pertuduhan saman sivil ini adalah datang daripada Sarawak Report (SR) dan Wall Street Journal (WSJ). Sebagaimana yang kita tahu, kedua-dua portal SR dan WSJ selalu mengeluarkan berita atau dokumen yang tidak benar dan meragukan bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Khairuddin dan pihak pembangkang bermati-matian cuba mengaitkan Malaysian Offcial 1 (MO1) adalah Perdana Menteri. Bagaimanapun, FBI tidak pernah mengeluarkan sapina kepada Perdana Menteri. Jadi bagaimana mereka boleh membuat kesimpulan Perdana Menteri terlibat dalam transaksi-transaksi yang melibatkan aktiviti penggubahan wang haram. 

Sebagaimana yang kita tahu, Khairuddin telah menggunakan saluran perundangan asing untuk memberi tekanan terhadap kerajaan Malaysia berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pentadbiran Perdana Menteri. Malah, beliau turut bersubahat dengan Penerbit Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown semata-mata untuk merosakan imej Malaysia dan kredibiliti Perdana Menteri. 

Bagi mencapai objektif itu, mereka tidak akan berhenti-henti untuk menggunakan kuasa asing untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Walaupun penyiasatan ini akan mengambil masa yang lama namun, mereka akan terus memainkan isu berkenaan – di dalam atau luar negara untuk tujuan mencapai kepentingan politik kotor mereka.

Pada masa yang sama, pihak pembangkang akan menggunakan isu ini untuk dieksploitasi dan mencemarkan imej negara di peringkat global. Dalam pada itu, mereka turut menabur fitnah dan penipuan yang mendakwa kerajaan asing telah menjalankan siasatan dan akan menangkap Perdana Menteri sekiranya bersalah.

Bagi rakyat Malaysia yang tidak mempedulikan fakta sebenar, maka mereka akan mudah terpedaya dengan helah yang dilakukan oleh pihak pembangkang untuk mendapat simpati daripada rakyat di negara ini.

Kita tidak hairan, Khairuddin akan terus memusuhi Dato’ Sri Najib Tun Razak dengan tuduhan-tuduhan baru dan meneruskan taktik manyiarkan laporan palsu di luar negara serta bekerjasama dengan akhbar-akhbar asing untuk menumbangkan kerajaan dan memberi tekanan kepada Perdana Menteri.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersatu dan bersama kepimpinan negara bagi mempertahankan negara daripada campurtanggan kuasa asing. Kami menggutuk sekeras-kerasnya tindakan orang suruhan Tun Mahathir iaitu Khairuddin yang bersekongkol dengan pihak asing yang cuba menggugat ketenteraman dan kedaulatan negara.