Total Pageviews

Thursday, 11 August 2016

Khairuddin Cuba Gugat Kedaulatan Negara


Khairuddin Abu Hassan telah memasukkan tuntutan saman dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap empat individu iaitu Riza Aziz, Low Taek Jho dan Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dalam afidavit lanjutan, dalam usaha mencabar keputusan peguam negara yang menuduh beliau terlibat dalam kegiatan sabotaj ekonomi.

Jika diteliti dokumen setebal 136 muka surat yang disediakan oleh DOJ, kesemua kandunguan dokumen pertuduhan saman sivil ini adalah datang daripada Sarawak Report (SR) dan Wall Street Journal (WSJ). Sebagaimana yang kita tahu, kedua-dua portal SR dan WSJ selalu mengeluarkan berita atau dokumen yang tidak benar dan meragukan bagi menjatuhkan kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Khairuddin dan pihak pembangkang bermati-matian cuba mengaitkan Malaysian Offcial 1 (MO1) adalah Perdana Menteri. Bagaimanapun, FBI tidak pernah mengeluarkan sapina kepada Perdana Menteri. Jadi bagaimana mereka boleh membuat kesimpulan Perdana Menteri terlibat dalam transaksi-transaksi yang melibatkan aktiviti penggubahan wang haram. 

Sebagaimana yang kita tahu, Khairuddin telah menggunakan saluran perundangan asing untuk memberi tekanan terhadap kerajaan Malaysia berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pentadbiran Perdana Menteri. Malah, beliau turut bersubahat dengan Penerbit Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown semata-mata untuk merosakan imej Malaysia dan kredibiliti Perdana Menteri. 

Bagi mencapai objektif itu, mereka tidak akan berhenti-henti untuk menggunakan kuasa asing untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Walaupun penyiasatan ini akan mengambil masa yang lama namun, mereka akan terus memainkan isu berkenaan – di dalam atau luar negara untuk tujuan mencapai kepentingan politik kotor mereka.

Pada masa yang sama, pihak pembangkang akan menggunakan isu ini untuk dieksploitasi dan mencemarkan imej negara di peringkat global. Dalam pada itu, mereka turut menabur fitnah dan penipuan yang mendakwa kerajaan asing telah menjalankan siasatan dan akan menangkap Perdana Menteri sekiranya bersalah.

Bagi rakyat Malaysia yang tidak mempedulikan fakta sebenar, maka mereka akan mudah terpedaya dengan helah yang dilakukan oleh pihak pembangkang untuk mendapat simpati daripada rakyat di negara ini.

Kita tidak hairan, Khairuddin akan terus memusuhi Dato’ Sri Najib Tun Razak dengan tuduhan-tuduhan baru dan meneruskan taktik manyiarkan laporan palsu di luar negara serta bekerjasama dengan akhbar-akhbar asing untuk menumbangkan kerajaan dan memberi tekanan kepada Perdana Menteri.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersatu dan bersama kepimpinan negara bagi mempertahankan negara daripada campurtanggan kuasa asing. Kami menggutuk sekeras-kerasnya tindakan orang suruhan Tun Mahathir iaitu Khairuddin yang bersekongkol dengan pihak asing yang cuba menggugat ketenteraman dan kedaulatan negara.

1 comment:

  1. Begitu bernas pendapat penulis berkenaan dengan isu. Saya berharap agar informasi sebegini akan dapat memberi pencerahan kepada para pembaca dan juga rakyat Malaysia secara amnya.

    ReplyDelete