Total Pageviews

Tuesday, 16 August 2016

PENDEDAHAN Bekas Pegawai Kanan Mukhriz Mahathir


Perjuangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri secara ‘fast track’, dakwa bekas pegawai khas politiknya, Haris Che Mat.

Haris, yang juga bekas Setiausaha Kerja Umno Kedah mendakwa perjuangan Bekas Menteri Besar Kedah itu turut didokong bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, bagi memberi laluan kepada anaknya.

Mungkin ramai tidak tahu, jentera kempen Mukhriz semasa merebut jawatan Naib Presiden UMNO dahulu pernah menasihati beliau untuk terlebih dahulu bertanding sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum melangkah terus ke kerusi Naib Presiden.

Walau bagaimanapun, Mukhriz tetap mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dan keputusannya tidak memihak kepada dirinya, walaupun telah menggunakan pengaruh bapanya. 

Apabila Mukhriz kalah dalam pertandingan berkenaan, pro Mukhriz telah mula menyalahkan Datuk Seri Mohd Najib sehingga ada pihak-pihak tertentu yang cuba memulakan proses mensabotaj pemimpin negara melalui IPO 1MDB pada awal tahun 2014 yang lalu.

Di samping itu, sekiranya Mukhriz berjaya menang jawatan Naib Presiden UMNO, Mahathir akan mendesak Muhyiddin Yassin yang pada ketika itu adalah Timbalan Presiden UMNO untuk melepaskan jawatannya secara sukarela, khususnya dalam kerajaan. Hal ini bertujuan untuk memastikan Mukhriz mampu menggantikan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment