Total Pageviews

Monday, 15 August 2016

Apa Masalah Sebenar Mahathir?


Cuba tanya orang lama-lama dalam UMNO, khususnya para pemimpin terdahulu. Apa pesanan dan prinsip perjuangan yang diamalkan dan dipesan oleh Tun Mahathirahathir Mohamed kepada mereka sepanjang berjawatan dalam UMNO dan kerajaan dahulu?

Jawapannya adalah semua ahli parti harus sentiasa akur dan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh parti, walaupun mereka telah bersara atau tidak terpilih menjadi calon dalam pilihan raya umum.

Malah, Mahathir juga meminta agar semua kakitangan kerajaan dan ahli parti supaya taat dan patuh kepada ketua yakni Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu iaitu beliau sendiri, dan tidak boleh menentang pemimpin walau dalam apa cara sekali pun.

Sebab itu, di zaman Mahathir dahulu beliau sendiri amat membenci dan “mengharamkan” demonstrasi jalanan kerana ditakuti pengaruh dan gelombang demonstrasi itu mula meresap ke hati-hati dan fikiran rakyat lain yang tidak turun ke demonstrasi berkenaan, sekali gus membuat suatu gerakan menentang kerajaan pimpinannya.

Tapi apa sudah berlaku sekarang ini? Bukankah dia sendiri turun ke demonstrasi jalanan BERSIH 4.0 pada tahun 2015? Bukan sekali, malah dua kali dia turun menyatakan sokongan kepada pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh parti Barisan Nasional (BN).

Sekarang walaupun telah bergelar mantan Perdana Menteri, kenapa pula dia tidak memberi ruang dan masa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengurus sendiri Kerajaan Malaysia mengikut corak sendiri dengan cabaran tersendiri?

Kenapa Mahathir terus mahu campur tangan dalam urusan penggantinya? Padahal semasa dia berkuasa dahulu bermati-matian dia pesan agar semua kakitangan kerajaan, ahli parti dan rakyat untuk setia di bawah satu Perdana Menteri. Sudah lupakah kita dengan nyanyian lagu “demi negara yang tercinta, kucurahkan janji penuh setia…”? Lagu Setia yang menjadi agen propaganda halus Mahathir untuk memastikan rakyat mengikut telunjuknya?

Jika dahulu dia meminta rakyat taat setia kepada dirinya selaku Perdana Menteri, kenapa sekarang dia tidak boleh tunjukkan taat setia dia kepada penggantinya sendiri?

No comments:

Post a Comment