Total Pageviews

Thursday, 18 August 2016

Strategi Lautan Biru Kebangsaan Pencapaian Perdana Menteri


Ketika kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak diserang dengan pelbagai helah dan fitnah dari mereka yang membenci, Kerajaan Malaysia tetap meneruskan pelbagai agenda beserta strategi bagi memperkemaskan pengurusan kerajaan dan mengurangkan bebanan rakyat kebanyakan.

Siapapun tidak mampu nafikan dalam zaman yang penuh pancaroba ini, kerajaan terpaksa mencari pelbagai alternatif cepat, mudah dan berkesan bagi mengekalkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Dalam menyaingi zaman ini, kerajaan kadang-kadang tiada pilihan lain melainkan terpaksa memilih untuk membuat tindakan kurang popular demi survival kebajikan rakyat serta kedaulatan negara.

Contoh mudah adalah dengan memperkenalkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak 2009 dengan menekankan dua prinsip utama.

Prinsip berkenaan adalah mencapai pendapatan tinggi melalui perkembangan ekonomi dan pembangunan bersepadu dan meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui keselamatan yang lebih tinggi dan juga penyertaan sosial bagi merapatkan jurang sosial diantara pelbagai golongan masyarakat.

Sehingga ke saat ini, kerajaan pimpinan Najib Tun Razak telah memperkenalkan 90 inisiatif NBOS melalui 8 bidang utama iaitu keusahawanan, penjanaan pembangunan, perhubungan bandar dan luar bandar, transformasi masyarakat, penyampaian perkhidmatan awam yang inovatif, mengalakkan semangat kesukarelawanan, sistem sekuriti menyeluruh serta pemerkasaan wanita.

Melalui perlaksanaan NBOS yang baru sahaja mencecah waktu selama 7 tahun, kerajaan sudah berjaya menjimatkan wang rakyat sebanyak RM3.5 bilion. Bayangkan jika Najib Tun Razak diberi peluang yang sama untuk memerintah negara selama 22 tahun, maka anggaran kasar kerajaan Najib Tun Razak telah mampu mengurangkan wang rakyat sebanyak kira-kira RM110 bilion.

Maka jika kerajaan mampu menjimatkan lebih banyak wang negara, tidak mustahil akan lebih banyak manfaat bakal dicipta oleh kerajaan untuk kebajikan semua. Nilailah dengan akal fikiran, bukan dengan ketaksuban.

No comments:

Post a Comment