Total Pageviews

Tuesday, 9 August 2016

CITA-CITA MAHATHIR BAKAL TERKUBUR


Parti baharu yang akan ditubuhkan oleh Tun Mahathir tidak akan bertahan lama dan akan tenggelam akhirnya kerana tiada sambutan. Yang menubuhkan parti ini adalah ahli-ahli serpihan UMNO yang kecewa dan niat mereka hanyalah untuk membalas dendam. Jelasnya, biarpun ramai beranggapan penyokong Tun Mahathir ramai, itu dilihat sebagai tanggapan yang belum pasti.

Sebenarnya, tanggapan orang sahaja yang mengatakan penyokong Mahathir ramai dan mampu menggugat kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN). Hakikatnya, rakyat semakin menjauhi Tun Mahathir itu kerana tidak sanggup lagi untuk melayan karenahnya yang tidak putus-putus memburukkan orang.

Jika dirujuk pada awal pertikaian Tun Dr Mahathir terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak sebelum ini, dia mendakwa hanya mahu menjatuhkan beliau dari kerusi Presiden UMNO dan seterusnya jawatan Perdana Menteri sahaja.

Sekiranya ditinjau pula ‘auta’ mereka di depan ahli dan penyokong UMNO, mereka masih menyatakan konon mahu menggulingkan Perdana Menteri sahaja dari kedudukan beliau dan mereka bukan mahu menjejaskan UMNO atau Barisan Nasional.

Namun kini, segalanya jelas bahawa setelah gagal menjatuhkan Dato’ Seri Najib Tun Razak dari dalam parti, mereka mahu menubuhkan sebuah parti baru. Apa maksud menubuhkan parti baru? Parti baru itu bertujuan untuk menjatuhkan beliau atau UMNO/BN?

Adalah jelas kini bahawa Tun Mahathir dan konco-konconya berhajat sangat untuk menjatuhkan UMNO dan BN. Tindakan itu ada sama tujuannya dengan pihak pembangkang yang selama ini berpuluh tahun cuba menjatuhkan parti kerajaan itu.

Jadi, Tun Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz dan konco-konco mereka tidak lagi mahu jatuhkan President Umno. Malah mereka sebenarnya mahu jatuhkan UMNO dan BN dari terus menjadi parti memerintah di negara kita. Jelas dan nyata sekali agenda mereka, bukan?

Apa yang dilakukan Mahathir, Mukhriz, Muhyiddin dan konco-konconya itu adalah hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Khalid Samad dan sekutu-sekutunya. Padanlah PAN ‘ngam’ sangat dengan mereka, bukan?

No comments:

Post a Comment