
Pembangkang berterusan menyerang Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) malahan Ketua Menteri Pulau Pinang yang berdepan dengan dua tuduhan rasuah di mahkamah, telah beberapa kali memanggilnya `celaka’ dalam satu majlis makan malam untuk mengumpul dana DAP.
Persoalannya ialah kenapa mereka berterusan mempolitikkan GST walaupun tahu cukai itu telah dilaksanakan di kebanyakan negara? Jawapannya kerana mereka sudah habis `modal’ dan tiada isu lain yang boleh dimanupulasikan termasuk syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar serta Sungai Besar, pembangkang menjadikan GST sebagai bahan. Mereka menyebarkan khabar angin kononnya ia akan dinaikkan kepada 8 peratus atau 10 peratus jika Barisan Nasional (BN) menang namun hakikatnya itu semua fitnah.
Bak kata pengendali portal LSS Report, Lim Sian See, cuba minta mereka namakan lima negara di mana penduduknya melebihi 2 juta orang tetapi masih belum melaksanakan GST atau merancang untuk melakukannya menjelang 2018?
Sudah tentu mereka akan pecah kepala untuk memikirkannya. Ini menunjukkan majoriti negara di dunia ini telah melaksanakannya.
Inilah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST kerana peniaga pastinya tidak boleh menggunakan alasan GST untuk menaikkan harga barang.
No comments:
Post a Comment