Tun Dr Mahathir Mohamad harus memohon maaf secara terbuka kerana menggunakan perkataan “keling”, seperti yang dipaparkan dalam satu klip video 25 saat yang tersebar di media sosial. Masyarakat India benci perkataan ‘keling’ kerana apabila ia digunakan untuk merujuk sebagai maksud untuk menghina.
‘Keling’ digunakan di era penjajahan bagi menggambarkan individu daripada benua kecil India dan berasal daripada nama Kalinga. Walaupun perkataan itu digunakan secara umum, sejak 1960an ia digunakan untuk menghina orang India Malaysia.
Selain daripada itu, perbandingan perkataan ‘keling’ seperti penggunaan perkataan menghina yang lain seperti ‘pariah’ dan ‘nigger’. Sebagai bekas Perdana Menteri sudah pasti Tun Mahathir menggunakan perkataan itu secara sengaja untuk menyinggung perasaan masyarakat India.
Rakyat Malaysia yang hidup harmoni dengan pelbagai kaum, mengecam sekeras-kerasnya penggunaan perkataan menghina itu kerana sebagai seorang bekas Perdana Menteri, beliau tidak sepatutnya menjadi orang terakhir menggunakan perkataan itu terhadap orang India.
Malah, Tun Mahathir atau dikenali sebagai Mahathir s/o Iskandar Kutty juga harus tidak lupa asal usul bapa beliau yang merupakan Malayali yang berasal daripada Kerala, India.
Di samping itu, selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, kita boleh melihat sendiri bahawa pembanggunan masyarakat India sentiasa dipinggirkan di negara ini berbanding dengan Perdana Menteri yang baru sahaja 8 tahun memegang jawatan sebagai Ketua Kabinet Negara.
No comments:
Post a Comment