Program Bantuan Teksi satu Malaysia merupakan ilham daripada Perdana Menteri bagi meringankan beban kos selenggara yang terpaksa dilakukan oleh pemandu teksi. Sehubungan itu, bantuan tayar dan insurans yang diberikan adalah sangat membantu pemandu teksi untuk menjalani pekerjaan mereka dengan lebih baik. Seramai 66,538 pemandu teksi di seluruh negara diberikan baucar bernilai RM520 setiap seorang untuk menggantikan empat tayar di bawah inisiatif program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).
Malah, Perdana Menteri juga telah memberian dana melalui berjumlah lebih RM1 juta bagi melindungi lebih 100,000 pemandu teksi seluruh negara melalui skim insurans perlindungan kemalangan diri. Ini kerana, skim insurans di bawah inisiatif TR1Ma iaitu meliputi perlindungan kematian akibat kemalangan RM10,000, ketidakupayaan kekal akibat kemalangan RM10,000, kos rawatan perubatan akibat kemalangan RM500, khairat kematian akibat kemalangan RM1,500 dan khairat kematian biasa RM1,000.
Melalui bantuan yang telah diberikan ini dilihat sebagai salah satu daripada usaha murni kerajaan untuk membantu dan menjaga kebajikan setiap pemandu teksi agar mendapat perlindungan yang sewajarnya.
Keadaan ini jelas menunjukkan kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak sangat prihatin terhadap setiap permasalahan yang ditanggung oleh pemandu teksi kini dengan banyaknya kemudahan pengangkutan awam yang lain seperti LRT, ERL, Komuter dan Bas Awam yang dilihat menyebabkan pemandu teksi terpaksa bersaing untuk mendapatkan penumpang. Justeru itu, bantuan subsidi untuk pemandu teksi ini telah diberikan supaya dapat mengurangkan kos penyelenggaraan yang ditanggung oleh pemandu teksi.
Oleh demikian, semua pemandu teksi diharap dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna kerana dengan pelbagai subsidi yang diterima ini memberikan nafas baru kepada mereka agar penumpang berasa lebih selesa dan selamat menggunakan teksi sebagai pengangkutan awam yang utama
No comments:
Post a Comment